--CUAI | Itulah yang menjadi punca sebarang musibah kan. Namun demikian perkara seperti ini boleh dielak jika kita senantiasa peka dan berhati-hati dalam melakukan sebarang perkara.
Perkara sebegini memang sudah ditakdirkan. Kecuaian ini berlaku pun bukan dengan kehendak ‘mereka yang berkenaan’. Namun anda perlulah profesional dalam menjalankan tugas. Bukan main hentam keromo jer. Kes pagi ini melibatkan baby Nur Ayreen Imanie, 6 bulan. Usia sepertinya sudah terpaksa menanggung penderitaan yang pastinya menjadi cacat pada tangan kirinya ekoran kecuaian orang lain.
Bapa dan ibu Nur Ayreen, Ismail Lee Abdullah dan isterinya, Zuhariana Baharum, kedua-duanya, 30, masalah tersebut sangat merisaukan apatah lagi apabila memikirkan bahawa anak mereka akan membesar tidak seperti kanak-kanak lain. Dakwa mereka, jari dan tangan kiri Nur Ayreen Imanie, 6 bulan, tiba-tiba menjadi hitam dan mengecut selepas tiga minggu anaknya itu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu kerana mengalami masalah pernafasan pada Mac lalu. Tangan kiri yang pada mulanya mengecut dan bertukar kehitaman kini semakin teruk. Setakat ini tiga batang jari tangan kiri sudah tanggal dan hilang akibat masalah tersebut manakala dua lagi batang jari sedang menghadapi masalah yang sama.
DIAMBIL DARI -BERITA TV3- 11/07/2011 isnin
No comments:
Post a Comment