Pages

Tuesday, 12 July 2011

Tips Mengurangkan Berat Badan



1) Elakkan penurunan berat badan yang cepat
Apabila berat badan anda berkurangan dengan cepat, kebiasaannya
badan anda hanya kehilangan glikogen (karbohidrat) dan air,
bukannya lemak. Badan anda akan menghantar isyarat ke otak yang
anda sedang kebuluran dan mengurangkan kadar metabolik, sekaligus
melambatkan badan membakar.

2)Gantikan makanan, bukannya elakkan terus
Cuba gantikan makanan kegemaran anda yang tinggi lemak, gula atau 
garam dengan yang kurang lemak, gula atau garam. Sebagai contoh,
gantikan Coke biasa dengan Diet Coke yang kurang gula, susu lemak
tinggi dengan susu kurang lemak. Penukaran sebegini tidak akan 
menjejaskan keinginan untuk makan makanan kegemaran anda secara 
drastik walau pun pengambilan kalori telah berkurangan.

3)Minum banyak air
Banyakkan minum air putih dan air soya untuk menggantikan air 
bergas. Air bergas boleh menambahkan kalori anda sebanyak 360 kJ
sehari.

4)Banyakkan pergerakan
Banyakkan bergerak dan bersenam akan membakar kalori anda yang
berlebihan. Banyak cara untuk anda bersenam termasuklah dengan 
jogging, pergi ke gim dan sebagainya. Anda juga boleh selitkan aktiviti
fizikal dalam kehidupan harian anda dengan berbasiakl ke tempat
kerja, menggantikan lif dengan menaik tangga, berjalan ke kedai
makan atau pun membuat sit-up sambil menontong TV.

P/s: Pakar kesihatan menyarankan anda bersenam 30-45 minit 3-5 kali
seminggu. Mungkin agak sukar untuk anda memulakan senaman
sehingga 45 minit sehari. Apa kata mulakan dengan 10 minit, 3 kali
sehari supaya anda tidak terlalu memaksa diri anda dan yang paling 
penting, disiplinkan diri untuk melakukannya setiap hari. Bagi para
ibu, jangan jadikan sibuk sebagai alasan anda, tetapi cuba cari masa
walau pun sebelum tidur untuk melakukan aktiviti fizikal.

5)Mulakan sedikit demi sedikit
Mulakan program penurunan berat badan anda dengan perubahan 
sedikit demi sedikit dan bukannya secaara drastik. Kurangkan sedikit
demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan denga
makanan yang berkhasiat. Gantikan minuman manis dengan air putih.
Perubahan kecil biasannya akan lebih berkekalan berbanding
perubahan yang drastik.

6)Jangan terlebih makan
Pernah dengar ke sunah Rasulullah S.A.W. yang mengunyah
perlahan-lahan dan berhenti makan sebelum kenyang? Cuba amalkan
dan anda akan melihat perubahannya. Makan sedikit tapi kerap.

7)Jangan sekat makanan tinggi kalori sepenuhnya
Anda berazam untuk tidak akan menyentuh makanan berlemak lagi!
Jangan buat bergitu keranan badan anda masih memerlukan lemak 
tertapi dalam sukatan yang betul dan bukannya berlebihan. Cuba
seimbangkan makanan anda dengan sesuatu yang berkhasiat.

P/s: Kesan jangka masa panjang
Diet singkat dan rutin senaman yang tidak tetap biasanya tidak akan 
berkekalan. Rancang program penurunan berat badan secara realistik
yang mapu anda turuti dan bukan secara drastik. Rekodkan segala
perubahan menu, aktiviti fizikal dan apa jual yang anda rasakan
berubah termasuk fizikal, emosi dan tahap kesihatan anda. Pastikan 
program anda bersesuain untuk jangka masa panjang dan bukan
sekadar hangat0hangat taik ayam!
9)Fokus pada sihat, bukannya kurus
Kebanyakan individu yang berjaya mengurangkan berat badan dalam
jangka masa panjang akan mengubah objektifnya daripada ingin
menjadi kurus kepada ingin menjadi sihat. Tetapkan pemikiran anda
dengan memilih makanan yang boleh memberikan nutrient dan
khasiat yang optoma kepada badan anda. Untuk panduan, rujuk
piramid makanan.

10)Atasi tekanan emosi
Emosi yang bercelaru dan tidak stabil boleh menyebabkan anda
teruja untuk makan. Cari cara lain untuk mengatasinya dengan 
meluahkan masalah kepada orang yang rapat dengan anda atau
kauselor. Lakukan juga aktiviti yang boleh menggembirakan anda
supaya tekanan anda diatasi.

11)Motivasi
Sokongan dan motivasi merupakan salah satu daripada kunci utama
dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dapatkan sokongan 
daripada orang tersayang dan dapatkan nasihat pakar dietitik supaya 
anda melakukan program diet yang betul dan penuh bersemangat.

Sambungan akan datang- Jika ada tips2 tentang kesihatan yang menarik sila-sila kongsi
terima kasih..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik sini